Wednesday, 11 January 2017

Memohon Jawatan Sebagai Pegawai Tadbir

Salam to you all....


Saya kerap menerima persoalan tentang macam mana nak lulus dalam temuduga untuk jawatan sebagai Pegawai Tadbir..sama ada pegawai tadbir di sektor kerajaan atau sektor swasta. Saya pernah menjadi penemuduga untuk kedua-dua sektor sebelum ini. Calon yang memohon beratus-ratus malah boleh sampai ribu juga...dan post untuk jawatan itu cuma 5 sahaja...kadang-kadang 2..dan boleh juga sampai 1 post sahaja yang diperlukan..Sungguhpun begitu, orang yang apply tetap ramai walaupun untuk satu post...

Kenapa??

Soalan ini yang sering ditanya kepada calon yang berjaya dipanggil ke temuduga.."Kenapa anda mahu jadi Pegawai Tadbir?" dan kebanyakan calon yang hadir sukar untuk menjawab soalan ini..Soalan ini nampak macam simple saja...tapi hakikatnya mampu memerangkap calon-calon untuk memberikan jawapan yang tidak memenuhi kehendak para penemuduga dan seterusnya akan menyebabkan calon-calon tersingkir daripada senarai yang berjaya dalam temuduga..Ini memang biasa berlaku dan merupakan salah satu trick question si penemuduga untuk uji calon-calon tentang niat sebenar memohon jawatan tersebut. Jika anda tidak mampu menjawab soalan ini berdasarkan kehendak organisasi itu, maka kemungkinan besar anda akan berada dalam senarai: "Dukacitanya, tuan/puan tidak berjaya dalam temuduga..."

Selain soalan 'Kenapa?', para penemuduga juga suka menanya soalan, "Kenapa kami perlu memilih anda?" Ini memang soalan popular di kalangan penemuduga...dan ramai calon terjerat dengan soalan ini..ada yang jawab; rajin, boleh bekerja lebih masa, boleh bekerjasama dengan rakan-rakan..tapi malangnya, bukan itu yang para penemuduga mahu dengar...sebenarnya calon perlu beritahu kelebihan yang ada pada diri dan impak yang mampu dihasilkan kepada organisasi tersebut..Kalau calon boleh jawab soalan ini dengan baik, peluang untuk dapatkan jawatan itu pasti tinggi..

Kalau mahu tahu lebih lanjut, dapatkan ebook 'Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN'...saya telah menerangkan dengan terperinci berkenaan soalan-soalan yang ditanya semasa temuduga beserta jawapan sekali...Jika anda akan hadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir, anda haruslah baca ebook ini.

www.adamalzen.com


Oklah buat masa ini, kita jumpa lagi di post seterusnya..


Yours Truly,

Adam Alzen


Friday, 6 January 2017

Akhirnya..e-book Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN dilancarkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Sudah sekian lama sejak post yang terdahulu di mana saya telah menyatakan hasrat untuk mendedahkan e-book 'Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN' kepada anda semua, terutamanya yang akan dan bakal menghadiri temuduga pekerjaan.

Banyak yang telah berlaku sejak post itu, tetapi AKHIRNYA, e-book tersebut telah diterbit dan boleh didapati di laman web: www.adamalzen.com. Anda juga boleh dapatkan sampel e-book tersebut sebagai preview untuk bakal anda perolehi daripada e-book itu.

Bagi anda yang bakal memohon pekerjaan dan yang dipanggil ke temuduga, e-book ini memang untuk anda. Anda akan bersaing dengan beratus hingga beribu pemohon untuk sesuatu jawatan itu dan jika anda tidak ada pengetahuan tentang teknik-teknik untuk berjaya dalam temuduga pekerjaan, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu adalah sangat tipis, apatah lagi dengan bilangan permohonan yang semakin meningkat setiap tahun.

Anda perlu bersedia menghadapi realiti ini, para majikan yang menawarkan kerja adalah sangat terhad dan sudah pasti tidak dapat menampung semua permohonan. Dan temuduga pekerjaan adalah penentu kepada sesiapa yang bakal ditawarkan sesuatu kerja.  Jika anda ingin berjaya, anda mesti menyerlah dalam temuduga pekerjaan tersebut. Peluang untuk dipanggil ke temuduga pekerjaan tidak akan datang selalu. Oleh itu, JANGAN sesekali mensia-siakannya.

Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui teknik-teknik sebenar untuk berjaya dalam temuduga? Adakah anda ingin tergolong dalam kumpulan yang berjaya dalam temuduga pekerjaan dan mendapat tawaran pekerjaan yang anda harapkan selama ini? Kalau jawapan kepada persoalan ini adalah YA, jangan tunggu lagi, dapatkan e-book 'Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN' di laman web: www.adamalzen.com hari ini!!


Yang Ikhlas,

Adam Alzen

Friday, 29 April 2016

Rahsia Temuduga Pekerjaan bakal DIDEDAHKAN

Salam everyone,

Apa khabar semua? Diharap anda semua sedang menikmati hari yang awesome!! Jika anda masih mencari kerja dan sedang menunggu untuk hadir temuduga pekerjaan, anda perlu berusaha dan memastikan temuduga yang anda bakal hadir itu berjaya untuk mendapatkan anda kerja.

Tidak dapat dinafikan bahawa peluang untuk berjaya dalam temuduga tidak dapat dijangka, tetapi mengikut pengalaman saya sebagai seorang penemuduga dalam sektor pengambilan pekerja untuk sebuah agensi kerajaan, peluang anda seperti orang lain yang hadir temuduga iaitu kurang daripada 20% untuk berjaya..Dukacitanya, itulah realitinya kerana anda perlu bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan kerja yang ditawarkan..semakin ramai, semakin tipis peluang..bukan niat saya untuk melemahkan semangat anda, tapi anda perlu sedar realiti ini terutamanya kepada anda yang belum pernah menghadiri temuduga pekerjaan sebelum ini..Dengan bilangan populasi yang semakin meningkat berbanding bilangan pekerjaan yang semakin merosot akibat kegawatan ekonomi, cabaran untuk berjaya dalam temuduga semakin sukar..oleh itu, anda perlu bersedia dan mengambil initiatif untuk menghadapi cabaran ini..

Di sini saya ingin membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini..caranya ialah anda perlu meningkatkan peluang kejayaan anda untuk berjaya dalam temuduga pekerjaan..Berdasarkan pengalaman saya dalam mengendalikan temuduga pekerjaan, saya telah menyediakan sebuah panduan yang berpotensi untuk membantu anda meningkatkan peluang kejayaan anda daripada kurang daripada 20% kepada 85% ke atas..saya yakin peluang untuk anda berjaya dalam temuduga sangatlah cerah..Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang telah saya gariskan dalam e-book tersebut untuk memastikan kejayaan dalam tangan anda..

Bagi anda yang berminat, saya akan dedahkan e-book itu dalam post saya yang seterusnya..Diharap anda terus menikmati hari anda yang awesome dan jumpa lagi di post yang selanjutnya.

-Adam Alzen-

Tuesday, 26 April 2016

Berpakaian untuk ke Temuduga Pekerjaan

Betulkah apa yang anda pakai ke temuduga benar-benar boleh mempengaruhi keputusan dalam proses pengambilan? Jawapannya adalah YA - cara anda berpakaian sentiasa penting!

Jangan sesekali benarkan penampilan anda merosakkan peluang anda untuk diambil bekerja. Ingatlah frasa ini, ‘berpakaian untuk kejayaan!’. Apabila anda berjalan masuk ke dalam bilik temuduga, perkara yang pertama sekali yang dilakukan oleh penemuduga ialah melihat penampilan anda.

Tidak kira berapa banyak kemahiran dan pengalaman yang berkaitan yang anda miliki, jangan  membiarkan tanggapan pertama oleh pihak penemuduga ini untuk merosakkan peluang anda.

Jangan salah tafsir - berpakaian dengan betul tidak akan menjamin anda mendapat pekerjaan, tetapi berpakaian tidak sesuai pasti boleh menyebabkan kehilangan peluang anda untuk diambil bekerja.

Sebenarnya, untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan adalah tertakluk kepada banyak faktor yang di luar kawalan anda. Sebagai contoh, anda tidak mempunyai kawalan ke atas persepsi majikan, pilihan peribadi atau pesaing yang lain untuk pekerjaan ini.


WALAU BAGAIMANAPUN, anda mempunyai kawalan ke atas imej anda dan bagaimana anda menampilkan diri. Penampilan anda boleh menghantar mesej yang kuat kepada penemuduga dan boleh memberi gambaran sama ada anda seorang yang layak untuk jawatan ini atau tidak.

Friday, 22 April 2016

Iklan Kekosongan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Salam everyone,

Kepada yang berminat, sila layari website seperti yang terdapat dalam iklan di bawah ini:


Tuesday, 19 April 2016

Iklan Jawatan Kosong di Lembaga Lada Malaysia

Salam everyone,

Kepada yang masih mencari pekerjaan, ada kekosongan jawatan di Lembaga Lada Malaysia.
Kepada yang berminat, sila layari laman web di bawah ini:

http://ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/09042016.pdf

Dan jika anda mempunyai masalah dalam menghadapi temuduga, sila terus mengikuti blog ini untuk perkembangan seterusnya.

Monday, 18 April 2016

Iklan Kekosongan Jawatan

http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/LPPKN_APR2016.pdf

Bagi mereka yang ingin cari kerja, sila layari website di atas. Dan bagi mereka yang bakal hadapi temuduga, sila tunggu post dari saya seterusnya yang pasti membantu anda untuk lulus dalam temuduga.