Mari kita lihat sedikit definisi tentang
temuduga. Wikipedia mentakrifkan temuduga pekerjaan sebagai "proses
di mana seorang pemohon pekerjaan yang berpotensi dinilai oleh majikan untuk
ditawarkan pekerjaan di syarikat mereka, organisasi atau firma. Semasa proses
ini, majikan berharap untuk menentukan sama ada pemohon adalah sesuai untuk
pekerjaan tersebut ataupun tidak."
Sebenarnya, temuduga adalah satu proses dua hala (two-way process). Temuduga juga memberikan anda peluang untuk menilai pihak
majikan yang menawarkan pekerjaan dan melihat jika jawatan tersebut adalah sesuatu
yang anda betul-betul inginkan.
Adakah anda tahu bahawa purata seseorang menghabiskan masa
di tempat kerja sepanjang hidup mereka adalah lebih kurang 97464 jam! Jika anda menghabiskan begitu banyak masa di tempat kerja,
ia adalah sangat penting apabila anda menghadiri temuduga, untuk menanyakan
semua soalan yang releven kepada penemuduga.
Jika anda ingin tahu bagaimana untuk meningkatkan peluang kejayaan daripada 5% kepada 95% dalam temuduga pekerjaan, nantikan post saya seterusnya.
No comments:
Post a Comment