Salam to you all....
Saya kerap menerima persoalan tentang macam mana nak lulus dalam temuduga untuk jawatan sebagai Pegawai Tadbir..sama ada pegawai tadbir di sektor kerajaan atau sektor swasta. Saya pernah menjadi penemuduga untuk kedua-dua sektor sebelum ini. Calon yang memohon beratus-ratus malah boleh sampai ribu juga...dan post untuk jawatan itu cuma 5 sahaja...kadang-kadang 2..dan boleh juga sampai 1 post sahaja yang diperlukan..Sungguhpun begitu, orang yang apply tetap ramai walaupun untuk satu post...
Soalan ini yang sering ditanya kepada calon yang berjaya dipanggil ke temuduga.."Kenapa anda mahu jadi Pegawai Tadbir?" dan kebanyakan calon yang hadir sukar untuk menjawab soalan ini..Soalan ini nampak macam simple saja...tapi hakikatnya mampu memerangkap calon-calon untuk memberikan jawapan yang tidak memenuhi kehendak para penemuduga dan seterusnya akan menyebabkan calon-calon tersingkir daripada senarai yang berjaya dalam temuduga..Ini memang biasa berlaku dan merupakan salah satu trick question si penemuduga untuk uji calon-calon tentang niat sebenar memohon jawatan tersebut. Jika anda tidak mampu menjawab soalan ini berdasarkan kehendak organisasi itu, maka kemungkinan besar anda akan berada dalam senarai: "Dukacitanya, tuan/puan tidak berjaya dalam temuduga..."
Selain soalan 'Kenapa?', para penemuduga juga suka menanya soalan, "Kenapa kami perlu memilih anda?" Ini memang soalan popular di kalangan penemuduga...dan ramai calon terjerat dengan soalan ini..ada yang jawab; rajin, boleh bekerja lebih masa, boleh bekerjasama dengan rakan-rakan..tapi malangnya, bukan itu yang para penemuduga mahu dengar...sebenarnya calon perlu beritahu kelebihan yang ada pada diri dan impak yang mampu dihasilkan kepada organisasi tersebut..Kalau calon boleh jawab soalan ini dengan baik, peluang untuk dapatkan jawatan itu pasti tinggi..
Kalau mahu tahu lebih lanjut, dapatkan ebook 'Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN'...saya telah menerangkan dengan terperinci berkenaan soalan-soalan yang ditanya semasa temuduga beserta jawapan sekali...Jika anda akan hadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir, anda haruslah baca ebook ini.
www.adamalzen.com |
Oklah buat masa ini, kita jumpa lagi di post seterusnya..
Yours Truly,
Adam Alzen
No comments:
Post a Comment