Wednesday, 11 January 2017

Memohon Jawatan Sebagai Pegawai Tadbir

Salam to you all....


Saya kerap menerima persoalan tentang macam mana nak lulus dalam temuduga untuk jawatan sebagai Pegawai Tadbir..sama ada pegawai tadbir di sektor kerajaan atau sektor swasta. Saya pernah menjadi penemuduga untuk kedua-dua sektor sebelum ini. Calon yang memohon beratus-ratus malah boleh sampai ribu juga...dan post untuk jawatan itu cuma 5 sahaja...kadang-kadang 2..dan boleh juga sampai 1 post sahaja yang diperlukan..Sungguhpun begitu, orang yang apply tetap ramai walaupun untuk satu post...

Kenapa??

Soalan ini yang sering ditanya kepada calon yang berjaya dipanggil ke temuduga.."Kenapa anda mahu jadi Pegawai Tadbir?" dan kebanyakan calon yang hadir sukar untuk menjawab soalan ini..Soalan ini nampak macam simple saja...tapi hakikatnya mampu memerangkap calon-calon untuk memberikan jawapan yang tidak memenuhi kehendak para penemuduga dan seterusnya akan menyebabkan calon-calon tersingkir daripada senarai yang berjaya dalam temuduga..Ini memang biasa berlaku dan merupakan salah satu trick question si penemuduga untuk uji calon-calon tentang niat sebenar memohon jawatan tersebut. Jika anda tidak mampu menjawab soalan ini berdasarkan kehendak organisasi itu, maka kemungkinan besar anda akan berada dalam senarai: "Dukacitanya, tuan/puan tidak berjaya dalam temuduga..."

Selain soalan 'Kenapa?', para penemuduga juga suka menanya soalan, "Kenapa kami perlu memilih anda?" Ini memang soalan popular di kalangan penemuduga...dan ramai calon terjerat dengan soalan ini..ada yang jawab; rajin, boleh bekerja lebih masa, boleh bekerjasama dengan rakan-rakan..tapi malangnya, bukan itu yang para penemuduga mahu dengar...sebenarnya calon perlu beritahu kelebihan yang ada pada diri dan impak yang mampu dihasilkan kepada organisasi tersebut..Kalau calon boleh jawab soalan ini dengan baik, peluang untuk dapatkan jawatan itu pasti tinggi..

Kalau mahu tahu lebih lanjut, dapatkan ebook 'Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN'...saya telah menerangkan dengan terperinci berkenaan soalan-soalan yang ditanya semasa temuduga beserta jawapan sekali...Jika anda akan hadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir, anda haruslah baca ebook ini.

www.adamalzen.com


Oklah buat masa ini, kita jumpa lagi di post seterusnya..


Yours Truly,

Adam Alzen


Friday, 6 January 2017

Akhirnya..e-book Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN dilancarkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Sudah sekian lama sejak post yang terdahulu di mana saya telah menyatakan hasrat untuk mendedahkan e-book 'Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN' kepada anda semua, terutamanya yang akan dan bakal menghadiri temuduga pekerjaan.

Banyak yang telah berlaku sejak post itu, tetapi AKHIRNYA, e-book tersebut telah diterbit dan boleh didapati di laman web: www.adamalzen.com. Anda juga boleh dapatkan sampel e-book tersebut sebagai preview untuk bakal anda perolehi daripada e-book itu.

Bagi anda yang bakal memohon pekerjaan dan yang dipanggil ke temuduga, e-book ini memang untuk anda. Anda akan bersaing dengan beratus hingga beribu pemohon untuk sesuatu jawatan itu dan jika anda tidak ada pengetahuan tentang teknik-teknik untuk berjaya dalam temuduga pekerjaan, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu adalah sangat tipis, apatah lagi dengan bilangan permohonan yang semakin meningkat setiap tahun.

Anda perlu bersedia menghadapi realiti ini, para majikan yang menawarkan kerja adalah sangat terhad dan sudah pasti tidak dapat menampung semua permohonan. Dan temuduga pekerjaan adalah penentu kepada sesiapa yang bakal ditawarkan sesuatu kerja.  Jika anda ingin berjaya, anda mesti menyerlah dalam temuduga pekerjaan tersebut. Peluang untuk dipanggil ke temuduga pekerjaan tidak akan datang selalu. Oleh itu, JANGAN sesekali mensia-siakannya.

Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui teknik-teknik sebenar untuk berjaya dalam temuduga? Adakah anda ingin tergolong dalam kumpulan yang berjaya dalam temuduga pekerjaan dan mendapat tawaran pekerjaan yang anda harapkan selama ini? Kalau jawapan kepada persoalan ini adalah YA, jangan tunggu lagi, dapatkan e-book 'Rahsia Temuduga Pekerjaan DIDEDAHKAN' di laman web: www.adamalzen.com hari ini!!


Yang Ikhlas,

Adam Alzen