Salam everyone,
Apa khabar semua? Diharap anda semua sedang menikmati hari yang awesome!! Jika anda masih mencari kerja dan sedang menunggu untuk hadir temuduga pekerjaan, anda perlu berusaha dan memastikan temuduga yang anda bakal hadir itu berjaya untuk mendapatkan anda kerja.
Tidak dapat dinafikan bahawa peluang untuk berjaya dalam temuduga tidak dapat dijangka, tetapi mengikut pengalaman saya sebagai seorang penemuduga dalam sektor pengambilan pekerja untuk sebuah agensi kerajaan, peluang anda seperti orang lain yang hadir temuduga iaitu kurang daripada 20% untuk berjaya..Dukacitanya, itulah realitinya kerana anda perlu bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan kerja yang ditawarkan..semakin ramai, semakin tipis peluang..bukan niat saya untuk melemahkan semangat anda, tapi anda perlu sedar realiti ini terutamanya kepada anda yang belum pernah menghadiri temuduga pekerjaan sebelum ini..Dengan bilangan populasi yang semakin meningkat berbanding bilangan pekerjaan yang semakin merosot akibat kegawatan ekonomi, cabaran untuk berjaya dalam temuduga semakin sukar..oleh itu, anda perlu bersedia dan mengambil initiatif untuk menghadapi cabaran ini..
Di sini saya ingin membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini..caranya ialah anda perlu meningkatkan peluang kejayaan anda untuk berjaya dalam temuduga pekerjaan..Berdasarkan pengalaman saya dalam mengendalikan temuduga pekerjaan, saya telah menyediakan sebuah panduan yang berpotensi untuk membantu anda meningkatkan peluang kejayaan anda daripada kurang daripada 20% kepada 85% ke atas..saya yakin peluang untuk anda berjaya dalam temuduga sangatlah cerah..Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang telah saya gariskan dalam e-book tersebut untuk memastikan kejayaan dalam tangan anda..
Bagi anda yang berminat, saya akan dedahkan e-book itu dalam post saya yang seterusnya..Diharap anda terus menikmati hari anda yang awesome dan jumpa lagi di post yang selanjutnya.
-Adam Alzen-
Anda Mampu untuk Meningkatkan Peluang Kejayaan Anda dalam Temuduga Pekerjaan!!
Friday, 29 April 2016
Tuesday, 26 April 2016
Berpakaian untuk ke Temuduga Pekerjaan
Betulkah apa yang anda pakai ke temuduga benar-benar
boleh mempengaruhi keputusan dalam proses pengambilan? Jawapannya adalah YA - cara anda berpakaian sentiasa
penting!
Jangan sesekali benarkan penampilan anda merosakkan
peluang anda untuk diambil bekerja. Ingatlah frasa ini, ‘berpakaian untuk kejayaan!’. Apabila anda berjalan masuk ke dalam bilik temuduga,
perkara yang pertama sekali yang dilakukan oleh penemuduga ialah melihat penampilan
anda.
Tidak kira berapa banyak kemahiran dan pengalaman yang
berkaitan yang anda miliki, jangan
membiarkan tanggapan pertama oleh pihak penemuduga ini untuk merosakkan
peluang anda.
Jangan salah tafsir - berpakaian dengan betul tidak akan
menjamin anda mendapat pekerjaan, tetapi berpakaian tidak sesuai pasti boleh menyebabkan
kehilangan peluang anda untuk diambil bekerja.
Sebenarnya, untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan adalah
tertakluk kepada banyak faktor yang di luar kawalan anda. Sebagai contoh, anda
tidak mempunyai kawalan ke atas persepsi majikan, pilihan peribadi atau pesaing
yang lain untuk pekerjaan ini.
WALAU BAGAIMANAPUN, anda mempunyai kawalan ke atas imej anda dan bagaimana
anda menampilkan diri. Penampilan anda boleh menghantar mesej yang kuat kepada
penemuduga dan boleh memberi gambaran sama ada anda seorang yang layak untuk
jawatan ini atau tidak.
Friday, 22 April 2016
Iklan Kekosongan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Salam everyone,
Kepada yang berminat, sila layari website seperti yang terdapat dalam iklan di bawah ini:
Kepada yang berminat, sila layari website seperti yang terdapat dalam iklan di bawah ini:
Tuesday, 19 April 2016
Iklan Jawatan Kosong di Lembaga Lada Malaysia
Salam everyone,
Kepada yang masih mencari pekerjaan, ada kekosongan jawatan di Lembaga Lada Malaysia.
Kepada yang berminat, sila layari laman web di bawah ini:
http://ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/09042016.pdf
Dan jika anda mempunyai masalah dalam menghadapi temuduga, sila terus mengikuti blog ini untuk perkembangan seterusnya.
Kepada yang masih mencari pekerjaan, ada kekosongan jawatan di Lembaga Lada Malaysia.
Kepada yang berminat, sila layari laman web di bawah ini:
http://ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/09042016.pdf
Dan jika anda mempunyai masalah dalam menghadapi temuduga, sila terus mengikuti blog ini untuk perkembangan seterusnya.
Monday, 18 April 2016
Iklan Kekosongan Jawatan
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/LPPKN_APR2016.pdf
Bagi mereka yang ingin cari kerja, sila layari website di atas. Dan bagi mereka yang bakal hadapi temuduga, sila tunggu post dari saya seterusnya yang pasti membantu anda untuk lulus dalam temuduga.
Bagi mereka yang ingin cari kerja, sila layari website di atas. Dan bagi mereka yang bakal hadapi temuduga, sila tunggu post dari saya seterusnya yang pasti membantu anda untuk lulus dalam temuduga.
Sunday, 17 April 2016
Apa itu Temuduga?
Sebelum anda boleh mula berfikir tentang
menghadiri dan berjaya dalam temuduga, anda perlu tahu apa itu temuduga dan apa
yang anda inginkan daripada temuduga tersebut. Mungkin anda berfikir bahawa
tujuan temuduga adalah untuk mendapatkan kerja. Sebenarnya, temuduga adalah peringkat
akhir dan terdapat satu proses yang lebih menyeluruh
sebelum temuduga tersebut berlaku.
Mari kita lihat sedikit definisi tentang
temuduga. Wikipedia mentakrifkan temuduga pekerjaan sebagai "proses
di mana seorang pemohon pekerjaan yang berpotensi dinilai oleh majikan untuk
ditawarkan pekerjaan di syarikat mereka, organisasi atau firma. Semasa proses
ini, majikan berharap untuk menentukan sama ada pemohon adalah sesuai untuk
pekerjaan tersebut ataupun tidak."
Sebenarnya, temuduga adalah satu proses dua hala (two-way process). Temuduga juga memberikan anda peluang untuk menilai pihak
majikan yang menawarkan pekerjaan dan melihat jika jawatan tersebut adalah sesuatu
yang anda betul-betul inginkan.
Adakah anda tahu bahawa purata seseorang menghabiskan masa
di tempat kerja sepanjang hidup mereka adalah lebih kurang 97464 jam! Jika anda menghabiskan begitu banyak masa di tempat kerja,
ia adalah sangat penting apabila anda menghadiri temuduga, untuk menanyakan
semua soalan yang releven kepada penemuduga.
Jika anda ingin tahu bagaimana untuk meningkatkan peluang kejayaan daripada 5% kepada 95% dalam temuduga pekerjaan, nantikan post saya seterusnya.
Wednesday, 13 April 2016
Persediaan Sebelum ke Temuduga Pekerjaan
Tahniah!! Anda telah dijemput untuk ke temuduga. Sekarang
apa yang anda harus lakukan??
Ada 5 langkah utama yang anda harus ikut jika anda ingin berjaya dalam sesuatu temuduga pekerjaan..
Ada 5 langkah utama yang anda harus ikut jika anda ingin berjaya dalam sesuatu temuduga pekerjaan..
- Langkah pertama adalah untuk menyelidik syarikat/agensi/organisasi tersebut.
- Sebaik sahaja anda telah melakukan ini, langkah kedua adalah membuat persediaan untuk soalan temuduga.
- Selepas anda melaksanakan ini, langkah ketiga ialah membuat latihan untuk meningkatkan kemahiran temuduga anda (cara berkomunikasi, intonasi suara, bahasa isyarat, dan sebagainya).
- Seterusnya, langkah keempat, dan merupakan langkah yang sangat penting dan kritikal (ramai calon silap apabila memandang remeh langkah ini) ialah pemakaian anda untuk temuduga tersebut.
- Langkah kelima yang terakhir ialah membuat susulan (follow up) selepas temuduga selesai dijalankan.
Sila ikuti post seterusnya yang pasti boleh membantu anda untuk berjaya dalam temuduga pekerjaan..Anda juga boleh melayari https://www.facebook.com/adamalzen14 untuk perkembangan tips temuduga pekerjaan.
Monday, 11 April 2016
Sunday, 10 April 2016
Realiti Sebenar Temuduga Pekerjaan
Assalamualaikum wbt. dan
Salam Sejahtera…
Saya berharap Anda semua
berada dalam keadaan sihat walafiat.
Anda mungkin telah
menghadiri banyak temuduga pekerjaan dan telah dikecewakan dengan jawapan,
“Dukacitanya, anda tidak berjaya…”
Jikalau ini yang anda sering hadapi, jangan risau…anda tidak keseorangan.
Daripada beribu permohonan hanya segelintir akan dipanggil ke temuduga…dan
daripada segelintir itu, hanya 1 atau 2 orang sahaja akan berjaya dapat kerja.
Persoalannya adakah anda
tergolong sebagai ‘1 atau 2 orang’ itu? Jika ada 20 orang dipanggil ke temuduga
dan anda salah seorang calon, apakah kebarangkalian anda akan berjaya untuk
mendapatkan kerja dalam temuduga itu? Dukacitanya, jika anda seperti kebanyakan
orang yang hadir ke temuduga, iaitu memenuhi syarat kelayakan minima tetapi
tidak membuat sebarang persediaan untuk menghadapi temuduga, dan hanya berserah
pada Yang Maha Esa…anda hanya memiliki 5%
sahaja peluang untuk berjaya dalam
temuduga.
Itulah realiti, ramai
memohon tetapi hanya sedikit sahaja akan mengisi jawatan tersebut bergantung
kepada kekosongan jawatan. Jika anda bernasib baik, anda mungkin berjaya
mengisi jawatan tersebut setelah ditemuduga, walaupun pada ketika itu anda
hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya. Namun, kejadian sebegitu adalah amat
jarang sekali. Jangan terlalu bergantung kepada nasib, anda hanya akan kecewa
dengan keputusan nanti.
Cara yang paling berkesan
adalah dengan meningkatkan peratusan peluang anda untuk berjaya daripada 5%
kepada 80% sehingga 95%!! Anda
mungkin bertanya, bolehkah ini dilakukan? Daripada 5% melonjak naik kepada 95%?
Berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengendalikan ratusan temuduga untuk
pelbagai skim perkhidmatan, ia memang tidak mustahil dan boleh dilakukan oleh
sesiapa sahaja yang dipanggil ke temuduga.
Ingin tau caranya? Ikuti saya dalam post seterusnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)