Wednesday, 13 April 2016

Persediaan Sebelum ke Temuduga Pekerjaan

Tahniah!! Anda telah dijemput untuk ke temuduga. Sekarang apa yang anda harus lakukan??

Ada 5 langkah utama yang anda harus ikut jika anda ingin berjaya dalam sesuatu temuduga pekerjaan..


  • Langkah pertama adalah untuk menyelidik syarikat/agensi/organisasi tersebut. 



  • Sebaik sahaja anda telah melakukan ini, langkah kedua adalah membuat persediaan untuk soalan temuduga. 


  • Selepas anda melaksanakan ini, langkah ketiga ialah membuat latihan untuk meningkatkan kemahiran temuduga anda (cara berkomunikasi, intonasi suara, bahasa isyarat, dan sebagainya). 


  • Seterusnya, langkah keempat, dan merupakan langkah yang sangat penting dan kritikal (ramai calon silap apabila memandang remeh langkah ini) ialah pemakaian anda untuk temuduga tersebut. 


  • Langkah kelima yang terakhir ialah membuat susulan (follow up) selepas temuduga selesai dijalankan.


Sila ikuti post seterusnya yang pasti boleh membantu anda untuk berjaya dalam temuduga pekerjaan..Anda juga boleh melayari https://www.facebook.com/adamalzen14 untuk perkembangan tips temuduga pekerjaan.

No comments:

Post a Comment