Sunday, 10 April 2016

Realiti Sebenar Temuduga Pekerjaan

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera…


Saya berharap Anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Anda mungkin telah menghadiri banyak temuduga pekerjaan dan telah dikecewakan dengan jawapan, “Dukacitanya, anda tidak berjaya…” Jikalau ini yang anda sering hadapi, jangan risau…anda tidak keseorangan. Daripada beribu permohonan hanya segelintir akan dipanggil ke temuduga…dan daripada segelintir itu, hanya 1 atau 2 orang sahaja akan berjaya dapat kerja.



Persoalannya adakah anda tergolong sebagai ‘1 atau 2 orang’ itu? Jika ada 20 orang dipanggil ke temuduga dan anda salah seorang calon, apakah kebarangkalian anda akan berjaya untuk mendapatkan kerja dalam temuduga itu? Dukacitanya, jika anda seperti kebanyakan orang yang hadir ke temuduga, iaitu memenuhi syarat kelayakan minima tetapi tidak membuat sebarang persediaan untuk menghadapi temuduga, dan hanya berserah pada Yang Maha Esa…anda hanya memiliki 5% sahaja peluang untuk berjaya dalam temuduga.

Itulah realiti, ramai memohon tetapi hanya sedikit sahaja akan mengisi jawatan tersebut bergantung kepada kekosongan jawatan. Jika anda bernasib baik, anda mungkin berjaya mengisi jawatan tersebut setelah ditemuduga, walaupun pada ketika itu anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya. Namun, kejadian sebegitu adalah amat jarang sekali. Jangan terlalu bergantung kepada nasib, anda hanya akan kecewa dengan keputusan nanti.



Cara yang paling berkesan adalah dengan meningkatkan peratusan peluang anda untuk berjaya daripada 5% kepada 80% sehingga 95%!! Anda mungkin bertanya, bolehkah ini dilakukan? Daripada 5% melonjak naik kepada 95%? Berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengendalikan ratusan temuduga untuk pelbagai skim perkhidmatan, ia memang tidak mustahil dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipanggil ke temuduga.

Ingin tau caranya? Ikuti saya dalam post seterusnya..

No comments:

Post a Comment